Tak Kenal Maka Tak Cinta

♡♡Assalamualaikum WIN readersss ♡♡

Salam perkenalan saya hulurkan kepada WIN Readersss semua...
 
Post kali nie, saya nak menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang saya supaya anda semua lebih mengenali siapa IBU WIN ini yea...Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi kita harus berkenal-kenalan dulu kan..barulah boleh MESRAAAAA (ala2 bob AF gitu) hehe ;-)
 
Saya merupakan anak ke-3 kepada pasangan Jaafar bin Daud & Rohani binti Man...
Isteri kesayangan kepada Wan Nazrul Safri bin Kamarul Baharin...
Ibu kepada 2 cahaya mata iaitu Wan Irfan Nawfal (WIN) & Wan Nurin Irdina (WNI)...
 
Insan-insan tersayang
Cinta hati saya

Anugerah yang tak ternilai inilah yang membawa saya untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat seterusnya membuatkan saya jatuh cinta dengan produk TERBAIK dunia ini. Walaupun agak terlambat mengenali Shaklee nie, saya tetap rasa bertuah sebab diberi petunjuk untuk mencuba buat kali pertama semasa mengandungkan anak-2. 
Semasa mengandungkan WIN, mungkin saya kekurangaan ilmu mengenai kebaikan susu ibu dan memang dari awal kelahiran saya dah mencampurkan susu ibu & formula. Semua ini berpunca dari "mindset" yang terlalu negatif seperti nanti susah la pengasuh nak kena panaskan la, susah la nak pump kat office & seribu satu alasan la lagi...So pleaseeeee ibu-ibu muda diluar sana, PERCAYA & YAKIN pada kemampuan diri sendiri sebelum mengalah. CARILAH ilmu demi si manja tersayang supaya kita tak mnyesal di kemudian hari..huhu :-(
Tetapi dari awal kehamilan anak ke-2, saya memasang niat untuk menyusukannya secara ekslusif selama 2 tahun untuk menebus kesilapan yang pertama. Saya mula men'google' supplement yang dapat membantu saya mencapai matlamat saya. Setelah mengkaji dengan lebih mendalam, saya mula tertarik dengan set berpantang & set menyusu Shaklee. 
Bermula dari situlah saya jatuh cinta dengan KEBAIKAN vitamin SHAKLEE ini. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, perjalanan menyusukan WNI secara ekslusif selama 6 bulan telah berjalan dengan lancarnya. Dan sekarang seorang demi seorang ahli keluarga saya turut terpengaruh dan akhirnya mencuba pelbagai vitamin Shaklee. Mereka turut dengan keberkesanannya.
Alhamdulillah, sekarang saya dan keluarga menjalani hidup yang lebih SIHAT bersama SHAKLEE kerana kandungan produknya yang diyakini 100% semulajadi. 
Jadi saya juga mahu berkongsi bersama-sama rakan-rakan semua diluar sana kebaikan menggunakan produk semulajadi berbanding produk/ubat yang mengandungi bahan kimia kerana kita semua sudah maklum akan bahayanya produk-produk yang mengandungi bahan kimia terhadap tubuh badan kita kan...
InsyaAllah dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya ada tentang vitamin dan produk SHAKLEE ini, saya akan gunakan untuk membantu rakan-rakan sekalian yang mempunyai masalah dalam memperbaiki kualiti hidup serta cara hidup yang LEBIH SIHAT.
Saya takkan berpaling daripada produk yang sudah bertahan di pasaran DUNIA hampir lebih 50 TAHUN.
Ok, setakat ini dulu serba sedikit mengenai saya dan kita jumpa lagi dalam post yang seterusnya dimana saya akan kongsikan mengenai KEBAIKAN-KEBAIKAN VITAMIN/PRODUK SHAKLEE dari semasa ke semasa yawwww...
See u when i see u...
Daaaaa ♡♡♡
>>>Ibu WIN<<
We love it


0 comments:

Post a Comment