Fakta Menarik Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu

♡♡Assalamualaikum WIN readers♡♡


Bagi yang baru mencuba ESP Shaklee, untuk pengetahuan semua ESP Shaklee adalah produk paling hot diantara vitamin-vitamin kesihatan Shaklee yang lain. 

Ianya paling hot terutamanya di kalangan ibu menyusu. Boleh dikatakan majoriti ibu menyusu memilih Shaklee sebagai makanan tambahan harian mereka dan bagi saya pula ianya adalah cinta hati saya yang pertama terhadap vitamin Shaklee. Ini adalah kerana ESP Shaklee banyak membantu perjalanan penyusuan penuh anak kedua saya yang bakal memasuki bulan yang ke.11. Syukur alhamdulillah.

Berikut adalah fakta menarik mengenai ESP Shaklee yang perlu diketahui.

 "ESP menyediakan 14 gram protein soya non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting."
                          



Ramai di kalangan ibu menyusu memilih ESP kerana bagi mereka, ESP memberi kelebihan berikut :-

1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu. Sebagai contoh, setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu.

2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protien dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu-ibu menyusu boleh mencukupkan keperluan protien harian mereka. Ini kerana, protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayidan protien akan diambil dari dalam diet si ibu untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi anda.  Menurut kajian, ibu menyusu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.

3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu-ibu menyusu. Di samping menggunakan ESP sebagai makanan tambahan, ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaikitisu dan pembinaan tisu baruSetiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupanProtein juga bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel mati. Sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP. 

Walaubagaimanapun perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan ESP,  ibu-ibu perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang cukup dan jadual pam yg konsisten semasa anak tiada bersama bagi menyokong perjalanan proses penyusuan. Fahami konsep supply by demand. Pastikan juga ibu jauh dari stress dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami.

Berikut adalah beberapa lagi kebaikan ESP Shaklee secara ringkas.
  1. Perut rasa kenyang lebih lama dan badan bertenaga serta kurang letih.
  2. Kenyang walaupun makan sikit kerana mengambil ESP. Ini akan membantu dalam pegurusan berat badan.
  3. Membantu meningkat kualiti susu yang dihasilkan. Contohnya susu lebih pekat dan berkrim. Bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  4. Membantu tingkatkan daya tahan melawan penyakit, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan.

Beberapa testimoni pengguna ESP yang sangat berpuas hati dengan hasilnya setelah menggunakannya...


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai SUPPLEMENT/VITAMIN SHAKLEE & untuk pesanan, anda boleh menghubungi saya...



See u when i see u...
Daaaaa ♡♡♡

Regards,
Ibu WIN yang cinta & sayangkan
#fullybreastfeeding



0 comments:

Post a Comment