Tips Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif bagi Ibu Berkerjaya

♡♡Assalamualaikum WIN readers♡♡


Penyusuan Eksklusif Susu Ibu bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan dan minuman lain selama 6 Bulan Pertama.

Naluri setiap ibu sememangnya berniat untuk menyusukan bayi masing-masing secara eksklusif tetapi ada juga yang gagal. Bukan mudah menyusukan bayi secara eksklusif terutamannya anak sulung. Pengalaman diri saya sendiri yang gagal menyusukan anak sulung secara eksklusif disebabkan beberapa faktor mendorong saya untuk berkongsi TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF yang saya aplikasikan untuk pengalaman anak kedua saya. Sehingga ke saat ini, saya masih belajar & menimba seberapa banyak ilmu mengenai penyusuan ibu secara eksklusif ini.

Antara tips yang ingin saya kongsikan bersama para ibu semua adalah seperti berikut:-
1 - Memasang AZAM & NIAT dari awal proses kehamilan lagi untuk menyusukan anak    secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
2 - Timba ILMU sepanjang masa. Untuk merealisasikan niat murni nie, kita harus memperbanyakan membaca info2 berkaitan penyusuan. Contohnya cara penyimpanan susu, jenis pump yang sesuai mengikut bajet masing2 & peralatan sampingan seperti cooler bag, ice pack, bottle / plastic storage & warmer. Semua keperluan2 nie boleh dibeli sikit demi sedikit mengikut baje bulanan & pemangkin semangat untuk menyusukan bayi nnt..Bila minda dah ready dari awal, maka badan akan bertindakbalas secara positif juga. Boleh klik sini tuk share pengalaman saya akibat kekurangan ILMU nie...huhu..

3 - Terus menyusukan bayi selepas bersalin untuk memberi khasiat yang terkandung dalam kolostrum susu ibu. Kolostrum nie mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman & alahan. Ibu yang melahirkan anak sulung selalunya mengalami masalah susu tiada pada hari pertama. Tapi jangan risau kerana perut bayi pada hari pertama hanya sebesar sebiji guli. Teruskan proses penyusuan untutk merangsang pengeluaran susu secepat yang mungkin.

4 - Minum banyak air. Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Jadi untuk menghasilkan susu yang lebih meriah, adalah penting untuk mengamalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.

5 - Mulakan sesi mengepam susu seawal 2 minggu selepas bersalin. Disamping memulakan proses menyimpan stok, bayi boleh dilatih dari awal untuk menyusu menggunakan botol supaya senang nak ditinggalkan dgn pengasuh bila masuk kerja nnt.

6 - Pump sekerap yang boleh apabila di pejabat untuk memenuhi  konsep supply vs demand. Lebih kerap kita mengosongkan payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.  

7 - Mengamalkan teknik tandem pumping untuk mendapatkan hasil simpanan susu yang lebih banyak & cepat. Tandem pumping ialah mengepam kedua-dua belah payudara secara serentak dengan cara bayi menyusu disebelah kanan & pam disebelah kiri & sebaliknya.

8- Susu formula & air kosong dilarang sama sekali. Ini boleh menganggu proses penyusuan eksklusif kita.
9 - Sokongan dari suami & ahli keluarga sangat penting untuk memberikan kata2 semangat supaya kita tak cepat berputus asa. Kekuatan mental amat penting bagi ibu2 terutamanya bila sibuk di pejabat.

10 - Amalkan pengambilan supplement / vitamin tambahan sebagai milk booster & memberi tenaga kepada sang ibu. Apabila badan bertenaga & sihat, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Set penyusuan cadangan untuk para ibu adalah SET PENYUSUAN 3M (Mom's Marvelous Milk). Bagi yang mempunyai kekangan bajet, usah risau kerana masih ada set yang dapat membantu para ibu semua. SET MENYUSU BAJET juga tak kurang hebatnya.




Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai SUPPLEMENT/VITAMIN SHAKLEE & untuk pesanan, anda boleh menghubungi saya...


See u when i see u...
Daaaaa ♡♡♡

Regards,
Ibu WIN yang cinta & sayangkan
#fullybreastfeeding

0 comments:

Post a Comment