Membongkar Rahsia Cara Banyakkan Susu Ibu

♡♡Assalamualaikum WIN readers♡♡


Jika anda mempunyai keinginan untuk menyusukan anak sepenuhnya, anda adalah seorang ibu yang mempunyai naluri keibuan yang sangat tinggi & tanggungjawab yang besar tehadap si manja. Justeru itu, semua ibu sangat mengharapkan susu badan yang banyak untuk merealisasikan impian mereka.
 
Jadi bukanlah menjadi satu kesalahan jika para ibu ingin mencuba pelbagai produk 'MILK BOOSTER' dipasaran sebagai  salah satu usaha mereka. Sama seperti ibu-ibu diluar sana, saya juga sangat mengharapkan susu yang banyak supaya stok EBM sentiasa mencukupi keperluan Irdina setiap hari.
 
Jadi untuk entry kali nie, saya nak berkongsi beberapa RAHSIA yang dapat dikongsi bersama untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
 
1- Fahami konsep Supply vs Demand (DD vs SS) ---> Selain mengamalkan supplement 'milk booster' seperti Set 3M @ Set Penyusuan Bajet (klik sini), para ibu sebenarnya perlu memahami konsep Supply vs Demand ini. Konsep ini menyarankan kita untuk lebih KERAP MENGOSONGKAN PAYUDARA (breast) sekerap yang mungkin. Secara logiknya, sekiranya payudara kita tidak dikosongkan, bagaimana susu baru nak dihasilkan?
  
 ** Ok, saya bagi contoh yang lebih mudah untuk kita faham. Kalau setiap hari kita masak dalam kuantiti yang banyak, tetapi makan tak sampai separuh, apa akan jadi dengan balance makanan tadi. Kita akan simpan dalam fridge kan? besoknya kita masak lagi tatp still tak boleh habiskan jugak sebab makanan semalam dah tambah lagi kuantiti untuk arinie. Kalau benda yang sama berlanjutan selama seminggu or sebulan, saya pasti kita akan stop memasak & last-last beli kedai je...Alasannya, kalau masak asyik lebih ja, kemudian buang, so baik beli je...haaaa, sama la jugak dengan konsep DD vs SS kita nie... kalau kita 'malas' mengosongkan payudaya kita (melalui mengepam) OTAK akan menghantar massage kepada badan untuk TIDAK MENGHASILKAN susu yang lebih banyak disebabkan PERMINTAAN yang kurang. Bila susu dah kurang, kita terpaksa la beli susu formula dipasaran (sama dengan membeli makanan diluar instead of memasak tadi kan)
 
2- Pump sekerap yang boleh dan mengikut JADUAL ---> untuk menghantar massage ke otak supaya LEBIH BANYAK SUSU dihasilkan, kita perlu mengepam sekerap yang mungkin. Ini sangat penting terutamanya bagi ibu-ibu bekerjaya seperti saya ;))) Untuk sesi pengepam si pejabat, para ibu boleh membuat jadual mengepam yang mirip dengan jadual menyusu anak secara direct dirumah. Sebagai contoh sehari 2 @ 3 sesi (10am, 1pm & 4pm) bergantung kepada tahap ke'busy'an masing-masing. Tapi bagi saya, sehari kalau dapat 2 sesi pun dah cukup bermakna. kadang-kadang rasa nk pump je kat work station sambil buat kerja. Mesti jimat masa kan.
 
3- Banyakan minum air kosong ---> Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Jadi untuk menghasilkan susu yang lebih banyak, adalah penting untuk mengamalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 LITRE setiap hari. Kalau air kurang, cmna susu nak dihasilkan
 
4- Breastpump ---> Untuk tidak menganggu proses pengepaman, pam yang efektif adalah sangat penting. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara lebih efektif. Pump yang kurang berkualiti akan membantutkan proses pengepaman. sebagai contoh, pump yang lebih murah akan mengakibatkan kecedaran kepada payudara (luka) kita @ lambat mengeluarkan susu. Jadi, melaburlah sedikit wang untuk membeli pump yang lebih selesa untuk penghasilan susu yang lebih banyak. Saya pasti anda tidak akan menyesal untuk 'melabur' demi kesihatan si manja kan.
 
5- Tips yang terakhir mesti la dengan mengamalkan pengambilan supplement / vitamin tambahan sebagai milk booster & memberi tenaga kepada sang ibu. Apabila badan bertenaga & sihat, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.
 
**Set penyusuan cadangan untuk para ibu adalah SET PENYUSUAN 3M (Mom's Marvelous Milk). Ianya lengkap dengan sumber protein dan nutrisi lain yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia juga merupakan supplement semulajadi dalam membantu anda memperbanyakkan susu untuk si manja kita.

 
**Bagi yang mempunyai kekangan bajet, usah risau kerana masih ada set yang dapat membantu para ibu semua. SET MENYUSU BAJET juga tak kurang hebatnya.
 


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai SUPPLEMENT/VITAMIN SHAKLEE & untuk pesanan, anda boleh menghubungi saya...


------------------> Klik sini untuk 10 TIPS PENYUSUAN IBU SECARA EKSKLUSIF BAGI IBU BEKERJAYA


See u when i see u...
Daaaaa ♡♡♡

Regards,
Ibu WIN yang cinta & sayangkan
#fullybreastfeeding

0 comments:

Post a Comment